Khamis, 2 April 2015

Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah Pinjaman Kerajaan

1. Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan pinjaman jenis 1 dan jenis V atau 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95%/100% bagi pinjaman jenis II dan Jenis III. 

2. Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman.

3. Permohonan pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.

4. Jumlah pinjaman adalah berbeza diantara kelayakan semasa (Mengikut gaji) dengan jumlah yang telah diambil keatas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Insuran gadaijanji dan pemilik rumah.

5. Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen . Bagi pemohon yang menggunakan skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perhidmatan.

6. Pemohon hendaklah melantik pemegang pertaruhan dengan mengemukakan akujanji pemegang pertaruhan seperti format Borang 3C (Kes Assignment) atau 3D (Kes Gadaian).

7. Pemohon hendaklah mengemukakan salinan borang 1 yang dikemukakan kepada jabatan penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian kewangan.

8. Jika hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institut Kewangan selain daripada kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, Pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang gadaian kedua dan Institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang gadaian Ketiga.

9. Bagi kes Assignment, Jika hakmilik Individu/ Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam dan digadaikan kepada kerajaan Malaysia.

10. Permohonan ubahsuai hendaklah menggunakan skim pinjaman yang diluluskan mengikut pinjaman pertama pemohon samaada SPPP atau SPPP1.

11. Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

12. Pindaam keatas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan.

13. Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan