Sabtu, 4 April 2015

SYARAT-SYARAT PENAMBAHAN RUMAH SESEBUAH, RUMAH BERKEMBAR DAN RUMAH TERES

RUMAH SESEBUAH 

1. Bagi rumah sesebuah adalah dibenarkan maksima sehingga 3 tingkat yang mana telah dinyatakan selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah Kuantan Rasionalnya cadangan ini adalah kerana kediaman sesebuah tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada lot berjiran dengan syarat mematuhi ruang lega 2 meter sepertimana diperuntukkan di dalam Undangundang Kecil Bangunan ( Pahang ) 1996.

2. Membenarkan pembinaan loteng dibahagian ruang bumbung dan mematuhi saiz minima yang telah ditetapkan selaras dengan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam.

3. Sokongan untuk pertambahan tingkat hendaklah mendapatkan kelulusan pindaan syarat nyata dahulu selaras dengan cadangan pelan yang dikemukakan sebagai syarat kelulusan permohonan.



RUMAH BERKEMBAR

 Bagi rumah Berkembar keadaan seperti berikut adalah disyorkan:

1. Pembangunan setingkat kepada 1 ½ tingkat dibenarkan dengan syarat pengubahsuaian tidak menyentuh dinding dua pihak sediada (party wall )

2. Pembangunan Setingkat kepada 2 tingkat dibenarkan tertakluk kepada syarat berikut :

 (a) Dibenarkan mengikut syarat nyata didalam geran dengan ketinggian 2 tingkat tertakluk kepada kelulusan pihak majlis. Sekiranya dinyatakan setingkat sahaja pemohon perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

3. Mendapatkan persetujuan daripada jiran yang bersempadanan dengan diperakui oleh Pesuruhjaya Sumpah.

4. Mengekalkan fasad hadapan dan sambungan dibenarkan di bahagian tepi dan belakang sahaja.

5. Memenuhi keperluan teknikal seperti menyediakan talang (gutter).

6. Membuat surat Akujanji akan bertanggungjawab terhadap pembinaan yang di bina.



RUMAH TERES

1.  Bagi Rumah Teres pula keadaan seperti berikut disyorkan:
     
a. Pembangunan daripada setingkat ke 2 tingkat adalah dibenarkan bagi lot tepi (corner lot) dan lot hujung ( End Lot ) dengan memohon kelulusan Pentadbir Tanah bagi menukar syarat nyata daripada setingkat kepada 2 tingkat.

b. Pembinaan loteng dibenarkan sekiranya mematuhi saiz minima bagi ruang yang hendak digunakan selaras dengan Undang-undang Kecil Bangunan (Pahang) 1996

c. Bagi rumah teres lot tengah, tambahan tingkat dibenarkan bagi sambungan yang mempunyai atap rata ”flat roof’ dibahagian belakang dengan syarat tidak merubahkan fasad hadapan dan sambungan tersebut perlu mematuhi keperluan ruang yang diperuntukkan dalam Undang-undang Kecil Bangunan (Pahang) 1996

d. Pemohon perlu mendapatkan persetujuan jiran yang bersebelahan

e. Membuat surat Akujanji akan bertanggungjawab terhadap pembinaan yang di bina.


2. Pembangunan semula secara menyeluruh dibenarkan sekiranya melibatkan kesemua lot didalam satu barisan teres. Walaubagaimanapun mereka perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri ( Pentadbir Tanah ) supaya bersesuaian dengan ketinggian yang hendak di bina sekiranya bercanggah dengan syarat nyata ( Had Ketinggian ) dan tertakluk kepada kelulusan pihak majlis.

Khamis, 2 April 2015

Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah yang tidak dibeli melalui Pinjaman Kerajaan

1. Surat persetujuan daripada bank atau institusi kewangan menjadi pemegang gadaian kedua jika harta masih dicagar kepada bank atau institusi kewangan.

2. Kerja ubahsuai hanya dibenarkan ke atas rumah yang telah siap  sepenuhnya.

3. Suami/isteri kepada peminjam juga dibenarkan untuk memohon pinjaman bagi kerja ubah suai rumah dengan syarat mereka adalah pemilik bersama.

4. Pemohon yang telah mengambil pinjaman pertama perlu menyelesaikan pinjaman tersebut dengan jumlah pinjaman yang layak dipohon adalah baki kelayakan semasa.

5. Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuatkuasa.

6. Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Borang 1 yang dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan.

7. Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

8. Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama (Suami @ Isteri)

9. Pindaan keatas pelan yang diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas surat tawan kelulusan pinjaman dikeluarkan.

10. Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan keatsa pembelian aksesori rumah.

11. Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon yang memohon melalui skim KWSP, tempoh bayaran balik adalah terhad kepada jumlah baki tempoh perhidmatan.

12. Bagi Kes Assignment, Jika hak milik Individu/ Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu/ Strata dipindahmilik kepada nama peminjam.

.


Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah Pinjaman Kerajaan

1. Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan pinjaman jenis 1 dan jenis V atau 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95%/100% bagi pinjaman jenis II dan Jenis III. 

2. Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman.

3. Permohonan pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.

4. Jumlah pinjaman adalah berbeza diantara kelayakan semasa (Mengikut gaji) dengan jumlah yang telah diambil keatas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Insuran gadaijanji dan pemilik rumah.

5. Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen . Bagi pemohon yang menggunakan skim KWSP tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perhidmatan.

6. Pemohon hendaklah melantik pemegang pertaruhan dengan mengemukakan akujanji pemegang pertaruhan seperti format Borang 3C (Kes Assignment) atau 3D (Kes Gadaian).

7. Pemohon hendaklah mengemukakan salinan borang 1 yang dikemukakan kepada jabatan penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian kewangan.

8. Jika hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institut Kewangan selain daripada kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, Pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang gadaian kedua dan Institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang gadaian Ketiga.

9. Bagi kes Assignment, Jika hakmilik Individu/ Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam dan digadaikan kepada kerajaan Malaysia.

10. Permohonan ubahsuai hendaklah menggunakan skim pinjaman yang diluluskan mengikut pinjaman pertama pemohon samaada SPPP atau SPPP1.

11. Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

12. Pindaam keatas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan.

13. Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah.