Sabtu, 4 April 2015

SYARAT-SYARAT PENAMBAHAN RUMAH SESEBUAH, RUMAH BERKEMBAR DAN RUMAH TERES

RUMAH SESEBUAH 

1. Bagi rumah sesebuah adalah dibenarkan maksima sehingga 3 tingkat yang mana telah dinyatakan selaras dengan Rancangan Tempatan Daerah Kuantan Rasionalnya cadangan ini adalah kerana kediaman sesebuah tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu kepada lot berjiran dengan syarat mematuhi ruang lega 2 meter sepertimana diperuntukkan di dalam Undangundang Kecil Bangunan ( Pahang ) 1996.

2. Membenarkan pembinaan loteng dibahagian ruang bumbung dan mematuhi saiz minima yang telah ditetapkan selaras dengan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam.

3. Sokongan untuk pertambahan tingkat hendaklah mendapatkan kelulusan pindaan syarat nyata dahulu selaras dengan cadangan pelan yang dikemukakan sebagai syarat kelulusan permohonan.



RUMAH BERKEMBAR

 Bagi rumah Berkembar keadaan seperti berikut adalah disyorkan:

1. Pembangunan setingkat kepada 1 ½ tingkat dibenarkan dengan syarat pengubahsuaian tidak menyentuh dinding dua pihak sediada (party wall )

2. Pembangunan Setingkat kepada 2 tingkat dibenarkan tertakluk kepada syarat berikut :

 (a) Dibenarkan mengikut syarat nyata didalam geran dengan ketinggian 2 tingkat tertakluk kepada kelulusan pihak majlis. Sekiranya dinyatakan setingkat sahaja pemohon perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

3. Mendapatkan persetujuan daripada jiran yang bersempadanan dengan diperakui oleh Pesuruhjaya Sumpah.

4. Mengekalkan fasad hadapan dan sambungan dibenarkan di bahagian tepi dan belakang sahaja.

5. Memenuhi keperluan teknikal seperti menyediakan talang (gutter).

6. Membuat surat Akujanji akan bertanggungjawab terhadap pembinaan yang di bina.



RUMAH TERES

1.  Bagi Rumah Teres pula keadaan seperti berikut disyorkan:
     
a. Pembangunan daripada setingkat ke 2 tingkat adalah dibenarkan bagi lot tepi (corner lot) dan lot hujung ( End Lot ) dengan memohon kelulusan Pentadbir Tanah bagi menukar syarat nyata daripada setingkat kepada 2 tingkat.

b. Pembinaan loteng dibenarkan sekiranya mematuhi saiz minima bagi ruang yang hendak digunakan selaras dengan Undang-undang Kecil Bangunan (Pahang) 1996

c. Bagi rumah teres lot tengah, tambahan tingkat dibenarkan bagi sambungan yang mempunyai atap rata ”flat roof’ dibahagian belakang dengan syarat tidak merubahkan fasad hadapan dan sambungan tersebut perlu mematuhi keperluan ruang yang diperuntukkan dalam Undang-undang Kecil Bangunan (Pahang) 1996

d. Pemohon perlu mendapatkan persetujuan jiran yang bersebelahan

e. Membuat surat Akujanji akan bertanggungjawab terhadap pembinaan yang di bina.


2. Pembangunan semula secara menyeluruh dibenarkan sekiranya melibatkan kesemua lot didalam satu barisan teres. Walaubagaimanapun mereka perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri ( Pentadbir Tanah ) supaya bersesuaian dengan ketinggian yang hendak di bina sekiranya bercanggah dengan syarat nyata ( Had Ketinggian ) dan tertakluk kepada kelulusan pihak majlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan