Selasa, 31 Mac 2015

TERMA KONTRAK UNTUK KERJA UBAHSUAI

TERMA KONTRAK UNTUK KERJA UBAHSUAI

Di dalam memastikan kerja-kerja ubasuai dilaksanakan dengan amalan dan praktis yang terbaik,
CIDB telah membangunkan dukumen Terma Kontrak untuk semua kerja ubah suai. Dokumen ini akan digunakan untuk semua kerja-kerja ubahsuai yang diperolehi oleh kontraktor kerja ubahsuai dan dikuatkuasakan penggunaannya oleh Pihak Berkuasa Tempatan


AKTA BAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN (CIPAA)

1. Latar belakang CIPAA

Masalah pembayaran telah dikenal pasti sebagai rintangan besar kepada pencapaian
matlamat Dasar Pembinaan Negara khususnya Pelan Induk Industri Pembinaan 2006-2015.
Masalah pembayaran ini meliputi ketidakbayaran, kelewatan pembayaran dan ketidakcukupan
pembayaran seringkali dikaitkan dengan isu aliran tunai yang lemah dan kelewatan
pelaksanaan projek. Ia seterusnya menjadi faktor penyumbang kepada kemerosotan kualiti
kerja, peningkatan kos dan dalam kes-kes kritikal, kontrak akan ditamatkan. Senario ini pastinya
memberi imej negatif kepada industri pembinaan.
Pada masa ini, mekanisme yang digunapakai bagi menyelesaikan pertikaian pembayaran
adalah melalui tindakan mahkamah dan prosiding timbang tara. Walau bagaimanapun, proses
perbicaraan kes di mahkamah mengambil masa yang lama manakala prosiding timbang tara
hanya akan dimulakan selepas kerja pembinaan siap atau kontrak ditamatkan.
Tempoh masa yang lama dan kos prosiding yang tinggi adalah antara faktor utama yang
mengekang pihak-pihak terlibat untuk merujuk pertikaian kepada mahkamah dan timbang tara.

2. Tujuan CIPAA

1 Memudahkan pembayaran yang tetap dan tepat pada masanya.

2 Mengadakan peruntukan bagi suatu mekanisme untuk penyelesaian pertikaian yang
cepat melaluiadjudikasi.

3 Mengadakan peruntukan bagi remedi untuk mendapatkan bayaran dalam industri
pembinaan.


Skop Pemakaian CIPAA
Skop pemakaian CIPAA adalah meliputi semua jenis kontrak bertulis yang berkaiatan dengan
kerja-kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam wilayah
Malaysia termasuk kontrak pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan.
Akta ini tidak terpakai bagi kontrak pembinaan yang dibuat oleh seorang orang sebenar bagi
apa-apa kerja pembinaan berkenaan dengan mana-mana bangunan yang tingginya kurang dari empat tingkat dan yang keseluruhannya diniatkan untuk didudukinya

Kategori-kategori Kontrak Pembinaan:

Kontrak Kerja Pembinaan :
Ertinya pembinaan, penyambungan,
pemasangan, pembaikan, penyenggaraan,
pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian,
pengubahan, perombakan atau perobohan:

a. mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar,
struktur, dinding, pagar atau cerobong, sama ada dibina
keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di
bawah paras bumi;

b. mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api,
talian kabel, terusan atau padang terbang;

c. apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai;
d. apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, minyak,
petrokimia atau telekomunikasi atau;

e. mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan,
kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembentung,
pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan
dan termasuklah

f. apa-apa kerja menjadi bahagian penting atau adalah
persediaan atau sementara termasuklah pembersihan
tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan
tanah, penggalian, perletakan batu asas, pemulihan
tapak dan landskap; dan

g. pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja


Kontrak Perunding Pembinaan

1. Kajian perancangan dan kebolehlaksanaan

2. Kerja kesenibinaan

3. Kerja kejuruteraan

4. Kerja pengukuran bahan

5. Kerja hiasan luar dan dalaman

6. Kerja landskap


7. Perkhidmatan pengurusan projek



Peruntukkan Remedi dibawah CIPAA

1. Memberi hak penggantungan atau pengurangan kadar kemajuan pelaksanaan kepada
pihak menuntut jika amaun adjudikasi tidak dibayar selepas keputusan adjudikasi
diberikan.

2. Memberi hak mendapatkan pembayaran langsung daripada prinsipal.

Proses Adjudikasi

Adjudikator perlu mengemukakan keputusan adjudikasi secara bertulis dalam tempoh 45 hari
bekerja melainkan tempoh penangguhan dipersetujui pihak-pihak bertikai. Proses keseluruhan
memakan masa selama sembilan puluh lima (95) hari sehingga seratus (100) hari maksima
dari tarikh penerimaan tuntutan bayaran sehingga keputusan adjudikasi dikemukakan



KOD ETIKA KONTRAKTOR

PengenalanTujuan

Tujuan Kod Etika ialah untuk memaklumkan kepada semua kontraktor pembinaan yang
berdaftar dengan CIDB mengenai pengwujudan Kod Etika Kontraktor dan keperluan untuk
menghayati dan mengamalkannya. Kod Etika Kontraktor merupakan satu set etika serta
perilaku murni yang diterima sebagai amalan piawaian di kalangan kontraktor yang mampu
mendorong dan meningkatkan tahap profesionalisma, integriti dan akauntabiliti yang tinggi.
Pematuhan terhadap Kod Etika Kontraktor ini merupakan satu kaedah pengawalseliaan sendiri
(self-regulatory) di kalangan kontraktor di dalam usaha untuk meningkatkan kredibiliti dan tahap
keyakinan masyarakat umum terhadap perkhidmatan yang disediakan. Kod Etika Kontraktor
ini menyenaraikan etika dan perilaku murni berasaskan kepada 6 prinsip utama seperti berikut:

Prinsip 1 : Jujur Melaksanakan Tanggungjawab

Prinsip 2 : Pematuhan Peraturan Dan Undang-undang

Prinsip 3 : Penghormatan Kepada Individu Dan Masyarakat

Prinsip 4 : Kepentingan Kualiti, Kemahiran Dan Piawaian

Prinsip 5 : Kepentingan Keselamatan Dan Kesihatan

Prinsip 6 : Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar


Semua kontraktor pembinaan di Malaysia mengikut definisi di dalam Akta 520 (Akta Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 1994) adalah dikehendaki menghayati dan
mengamalkan Kod Etika ini demi menjaga maruah, integriti dan nama baik mereka secara
peribadi, nama baik profesyen secara khusus serta nama baik industri pembinaan secara
umum.



AMALAN TERBAIK SEKTOR PEMBINAAN

Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan Industri Pembinaan “SHASSIC”
Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan Industri Pembinaan “SHASSIC” merupakan satu
pendekatan atau kaedah yang digunakan untuk menilai tahap keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja / tapak binaan.

Sistem penilaian ini memberikan banyak faedah kepada pihak yang terlibat di dalam industri
pembinaan seperti Kontraktor, Pemaju, Jabatan Kerajaan yang berkaitan, Pihak Berkuasa
Tempatan dan juga Pelanggan. “SHASSIC”dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama Jawatankuasa Teknikal yang mewakili semua
organisasi yang berkepentingan dalam industrI pembinaan dan juga merupakan salah satu
Standard Industri Pembinaan (CIS 10:2008) yang digunakan oleh industri pembinaan.


Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLASSIC)

Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLASSIC) merupakan satu sistem atau kaedah
untuk mengukur dan menilai kualiti hasil kerja (quality of workmanship) suatu kerja pembinaan,
berdasarkan kepada keperluan standard yang berkenaan. Dengan QLASSIC, kualiti hasil
kerja antara projek pembinaan dapat dibuat perbandingan secara objektif melalui sistem
pemarkahan.

Objektif QLASSIC
a. Menanda aras kualiti hasil kerja dalam Industri Pembinaan.

b. Mengadakan satu sistem yang standard untuk menilai kualiti hasil kerja kerja-kerja pembinaan.

c. Menilai kualiti hasil kerja suatu kerja pembinaan berdasarkan kepada standard
yang berkenaan.

d. Digunakan sebagai suatu kriteria untuk menilai prestasi kontraktor berdasarkan
kepada kualiti hasil kerja.

e. Mengumpul data untuk analisa statistik.


Skop QLASSIC
QLASSIC menetapkan standard kualiti hasil kerja (quality of workmanship) untuk
berbagai elemen bagi kerja pembinaan bangunan dan kerja pembinaan infrastruktur.
Elemen pembinaan dibuat penilaian berdasarkan kepada keperluan kualiti hasil kerja
yang ditetapkan dalam standard. Markah diberikan jika elemen pembinaan tersebut
mematuhi keperluan standard tersebut. Markah yang terkumpul akan digunakan untuk
pengiraan Skor QLASSIC (%) bagi suatu projek pembinaan.

Penilaian QLASSIC dibuat melalui pemeriksaan tapak dan mengikut prinsip
pemeriksaan kali pertama (first time inspection). Sebarang kerja pembinaan yang
diperbetulkan selepas suatu penilaian dijalankan tidak akan dinilai semula. Objektif
prinsip ini adalah untuk menggalakkan kontraktor untuk ”Buat Kerja Dengan Betul
Pada Kali Pertama Dan Buat Kerja Dengan Betul Setiap Kali”


Sistem Penilaian Amalan Terbaik Teknologi Hijau (Green PASS-Performance
Assessment System

Green PASS membantu industri membuat penilaian terhadap kesan bangunan
terhadap alam sekitar. Penilaian yang dibuat berdasarkan standard ini dapat menilai
dan mengira impak sebenar kuantiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) oleh bangunan
terhadap alam sekitar. Standard ini masih dalam peringkat penilaian industri untuk
penambahbaikkan bagi memastikan semua aspek dan kepentingan penilaian
pembinaan diambil kira.

Skim ini dibangunkan dengan tujuan membantu kontraktor menjalankan pengurusan
alam sekitar yang tersusun dan berkesan sebagai tanda sokongan terhadap
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia juga bertujuan menyediakan maklumat
berkenaan kontraktor yang telah menunjukkan serta memberikan komitmen yang
tinggi dan baik dalam pengurusan alam persekitaran kepada pihak yang berkenaan
seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), pemaju perumahan dan pihak berkuasa tempatan



TEKNOLOGI TERKINI

Pengenalan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication
Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang
lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan
dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,

memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Penekanan ke atas penggunaan aplikasi dan teknologi ICT akan menyediakan peluang
perniagaan yang luas dalam sektor pembinaan. Di antara sumber pertumbuhan baru dalam
segmen utama sektor ICT ialah pembangunan jaringan internet, blog, kandungan digital,
e-dagang, penggunaan telefon bimbit, email dan seumpamanya. Usaha ini berupaya
memajukan dan meningkatkan peluang perniagaan kontraktor sedia ada dan baru bidang
tertentu.

Antara teknologi yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

a. Persuratan elektronik (E-mail)
b. Sistem Pesanan Multimedia (Multimedia Massage System-MMS)
c. Sistem Pesanan Ringkas (Short Massage System- SMS)
d. Laman Sesawang (website)
e. Internet


Fungsi-Fungsi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat
membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja di dalam
membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.

2.  Kontraktor boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT
untuk tujuan perniagaan dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD
Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi
komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik,
internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.

3. Urusniaga jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian ICT yang lengkap.
Trend semasa semakin menampakkan masa depan urusan pembinaan dengan cara
jarak jauh tetapi ini tidak bermakna urusan pembinaan konvensional perlu dihapuskan
sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan praktis
pembinaan projek tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat.

4. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian
yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya
perkhidmatan sedemikian pada masa depan, kontraktor tidak perlu melangkah keluar
dari rumah untuk berurusniaga.

5. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan
dan pasaran dijalankan. Dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan
aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka kontraktor memilih rangkaian tersebut
berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa
dan tenaga.



Kos Anggaran Untuk Binaan Rumah

Kos Anggaran Untuk Binaan Rumah


Harga pembinaan sesebuah rumah dalam kaki persegi bergantung kepada harga pasaran atau harga dikawasan tempat anda. Kebiasaannya untuk binaan  rumah baru anggaran kos sekaki minima Rm 80 (di kampung) dan rm 120 (di bandar) tidak termasuk kos dekorasi dalaman rumah dan perabut (interior design + furniture), kos mendapatkan keluasan pelan rumah banglo dan perlantikan konsultan terlibat dalam proses mendapatkan kelulusan hingga pembinaan selesai

Harga sekaki persegi bergantung kepada faktor berikut

Ø  Lokasi rumah banglo di bina (di kampung atau di bandar)
Ø  Keluasan Rumah, Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian rumah.                                                                          
Ø  Rupa Bentuk Permukaan Tanah (Rata,Cerun,Hutan dll)
Ø  Rekebentuk pelan dan fesad atau tapak (4 tapak )serta rekabentuk bumbungnya
Ø  Kontraktor yang di pilih berdasarkan pengalaman, kepakaran dan hasil kualiti binaan banglo dibina 


ANGGARAN HARGA BERDASARKAN KELUASAN LANTAI BINAAN.

Ø  RM 80 -RM 100/KP -                        
KUALITI DAN KEMASAN KURANG MEWAH

Ø  RM 110 -RM 150/KP -     
KUALITI DAN KEMASAN  SEDERHANA MEWAH

Ø  RM 160 -RM 200/KP -    
KUALITI DAN KEMASAN MEWAH

Ø  RM 210 /KP KE ATAS -    
KUALITI DAN KEMASAN PALING MEWAH



RM 80 -RM 100/KP - KUALITI DAN KEMASAN KURANG MEWAH
¡  Kemasan Lantai – Simen Render
¡  Pintu jenis papan lapis rata & PVC
¡  Tingkap jenis Adjustable Glass Louves (Nako)
¡  Bumbung – Zink @ Asbestos


RM 110 -RM 150/KP - KUALITI DAN KEMASAN SEDERHANA MEWAH
¡  Kemasan Lantai – Jubin ( Bahan pilihan Kontraktor Pemilik hanya tentukan Warna Sahaja )
¡  Pintu Depan & Belakang Jenis Solid gred C 
¡  Tingkap jenis Sliding @ Casement Window
¡  Bumbung – Metal Deck & Genting biasa 

Note : Semua Bahan ditentukan Oleh Pemborong, pemilik hanya tentukan bentuk, corak & warna sahaja.



RM 160 -RM 200/KP -     KUALITI DAN KEMASAN MEWAH
¡  Kemasan Lantai – Jubin @ Papan
¡  Pintu Depan & Belakang Jenis Solid gred A @ B
¡  Tingkap jenis @ Kayu Nyatoh, Aluminium Sliding @ Casement Window
¡  Bumbung – Genting gred A 

Note : Semua Bahan Pemilik tentukan berpandukan harga yang munasabah


RM 210 /KP KE ATAS - KUALITI DAN KEMASAN PALING MEWAH
¡  Kemasan Lantai – Pemilik Tentukan
¡  Pintu – Pemilik Tentukan
¡  Tingkap – Pemilik Tentukan
¡  Bumbung – Peilik Tentukan 

Note : Semua Bahan Pemilik tentukan berpandukan harga yang munasabah.



Contoh 1 : Pengiraan Berdasarkan Keluasan Lantai

Keluasan Lantai didalam Rumah (Binaan Berdinding + Pintu & Tingkap)

Katakan Luas Binaan yang dicadangkan
22’kaki X 12’kaki = 264 kakipersegi

Untuk kualiti & kemasan sederhana Mewah
Rm125/kakipersegi

264 kakipersegi X Rm125/kaki persegi = RM 33,000.00

Jumlah Kadar Harga Binaan Baru berdasarkan kaedah Lump Sum
Ialah Rm33,000.00



Contoh 2 - Pengiraan Berdasarkan keluasan Lantai Binaan

Keluasan Lantai Binaan berbumbung serta siling tampa dinding seperti Anjung dan Porch

Katakan Luas Binaan yang dicadangkan
20’kaki X 22’kaki = 440 kakipersegi

Untuk kualiti & kemasan sederhana Mewah
Rm125/kakipersegi x 0.5 = Rm62.5/kaki persegi

440 kakipersegi X Rm62.5/kaki persegi = RM 27,500.00

Jumlah Kadar Harga Binaan Baru berdasarkan kaedah Lump Sump ialah =  Rm27,500.00


Ahad, 29 Mac 2015

PERMOHONAN PELAN & PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA

MENGURUS, MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI RUMAH UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA UNTUK MEMILIKI RUMAH IDAMAN.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

-Salinan Kad Pengenalan
-Salinan Perjanjian Jual Beli
-Salinan Layak Menduduki Bangunan (CF)
-Salinan Pembayaran Cukai Tanah Yerkini
-Salinan Pembayaran Cukai Pintu Terkini
-Pelan Kelulusan (Sekiranya ada)
-Salinan Slip Gaji Terkini 3 Bulan (Disahkan Oleh Ketua Jabatan)
-Salinan Penyata Bank Persendirian 6 Bulan
-EA Form
-Salinan Arahan Potongan Gaji Daripada Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan (BPPK) Pinjaman
 Pertama
-Salinan Baucer Bayaran Bagi Pinjaman Perumahan Yang Pertama Yang Telah Diluluskan.
-Surat Iringan Asal Jabatan
-Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen (Jika Slip Ada Potongan KWSP)

Design / Rekabentuk / Bahan ikut kemahuan pelanggan.
Kami Mengalu-alukan Pertanyaan Atau Segala Permasaalahan Berkaitan Pengurusan, Pembinaan Atau Aspek Teknikal, Pihak Kami Sedia Membantu..


Kepuasan dan kepentingan Pelanggan Amat Diutamakan.

Sila Hubungi :

Ammos Ampire (Com. No :002204320-K)
No. 28-1, Jalan Zapin H/K U5
Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, Selangor

Mohd Azaman Bin Saidin (013-2620888)
Mustakim Bin Ismail (016-4432003)
Mohd Amosdin Bin Mohd Nor (011-23058755)

Kadar Kelayakan Baharu Pinjaman Perumahan Pebendaharaan Malaysia dan Pemansuhan Wang Proses (Kuat Kuasa 1 Januari 2015)

Seperti mana sedia maklum, semasa perbentangan Bajet 2015, Kerajaan telah mengumumkan bahawa had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan bagi kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.

Wang pemprosesan permohonan pinjaman sebanyak RM100 juga telah dimansuhkan.

Kedua-dua penambahbaikan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.

Jadual kelayakan baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah seperti berikut :

BIL                                 GAJI HAKIKI (RM)                            KELAYAKAN (RM)

1.                                      8500 ke atas                                          600,000.00

2.                                      6500 ke 8499                                         562,000.00

3.                                      5500 ke 6499                                         525,000.00

4.                                      4500 ke 5499                                         500,000.00

5.                                      3500 ke 4499                                         475,000.00

6.                                      3000 ke 3499                                         400,000.00

7.                                      2500 ke 2999                                         350,000.00

8.                                      2000 ke 2499                                         320,000.00

9.                                      1500 ke 1999                                         260,000.00

10.                                    1200 ke 1499                                          210,000.00

11.                                    1000 ke 1199                                          150,000.00

12.                                    999 dan ke bawah                                   120,000.00

Amaun pinjaman yang diluluskan adalah tertakluk kepada para 1.5.2, 1.5.3 dan para 3 Lampiran A6 Pekeliling Perbendaharaan PR1.1/2013


Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
Kementerian Kewangan
30 Disember 2014

Sabtu, 28 Mac 2015

UBAHSUAI RUMAH

skim pinjaman perumahan SPPP dengan SPPI
i. Skim Pinjaman Perumahan SPPP adalah skim pinjaman secara konvensional.
ii. Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli).

Soalan 1
Saya ingin membeli sebuah rumah yang telah uzur dan memerlukan ubahsuai daripada seorang Individu. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli rumah tersebut beserta dengan membuat kerja-kerja ubahsuai rumah.

Jawapan
Boleh dipertimbangkan kerja ubahsuai selepas 5 tahun dari kelulusan pinjaman.


Soalan 2
Saya dan keluarga tinggal di rumah yang dibeli oleh suami melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan untuk membuat kerja-kerja ubahsuai rumah tersebut. Hakmilik atas nama kami suami & isteri.

Jawapan
Boleh dipertimbangkan.


Soalan 3
Apakah perkara-perkara yang membuatkan seseorang itu tidak layak memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah.

Jawapan 1.Belum cukup 5 tahun dari tarikh rumah yang dibeli untuk diduduki.
2.Kerja-kerja ubahsuai rumah telah siap sebelum pinjaman diluluskan.
3.Terdapat tunggakan bayaran balik pinjaman.
4.Ubahsuai rumah oleh peminjam yang tiada nama di dalam hakmilik.
5.Rumah yang dibeli melalui pinjaman bank.

Soalan 4
Saya telah membeli sebuah rumah kos rendah berharga RM30,000 sementara kelayakan saya adalah RM60,000. Bolehkah saya menggunakan kesemua baki kelayakan saya sebanyak RM30,000 untuk ubahsuai rumah tersebut.

Jawapan
Boleh dipertimbangkan selepas 5 tahun rumah diduduki.


RUMAH MENGGUNAKAN BATA INTERLOCKING BRICK