Selasa, 31 Mac 2015

Kos Anggaran Untuk Binaan Rumah

Kos Anggaran Untuk Binaan Rumah


Harga pembinaan sesebuah rumah dalam kaki persegi bergantung kepada harga pasaran atau harga dikawasan tempat anda. Kebiasaannya untuk binaan  rumah baru anggaran kos sekaki minima Rm 80 (di kampung) dan rm 120 (di bandar) tidak termasuk kos dekorasi dalaman rumah dan perabut (interior design + furniture), kos mendapatkan keluasan pelan rumah banglo dan perlantikan konsultan terlibat dalam proses mendapatkan kelulusan hingga pembinaan selesai

Harga sekaki persegi bergantung kepada faktor berikut

Ø  Lokasi rumah banglo di bina (di kampung atau di bandar)
Ø  Keluasan Rumah, Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian rumah.                                                                          
Ø  Rupa Bentuk Permukaan Tanah (Rata,Cerun,Hutan dll)
Ø  Rekebentuk pelan dan fesad atau tapak (4 tapak )serta rekabentuk bumbungnya
Ø  Kontraktor yang di pilih berdasarkan pengalaman, kepakaran dan hasil kualiti binaan banglo dibina 


ANGGARAN HARGA BERDASARKAN KELUASAN LANTAI BINAAN.

Ø  RM 80 -RM 100/KP -                        
KUALITI DAN KEMASAN KURANG MEWAH

Ø  RM 110 -RM 150/KP -     
KUALITI DAN KEMASAN  SEDERHANA MEWAH

Ø  RM 160 -RM 200/KP -    
KUALITI DAN KEMASAN MEWAH

Ø  RM 210 /KP KE ATAS -    
KUALITI DAN KEMASAN PALING MEWAH



RM 80 -RM 100/KP - KUALITI DAN KEMASAN KURANG MEWAH
¡  Kemasan Lantai – Simen Render
¡  Pintu jenis papan lapis rata & PVC
¡  Tingkap jenis Adjustable Glass Louves (Nako)
¡  Bumbung – Zink @ Asbestos


RM 110 -RM 150/KP - KUALITI DAN KEMASAN SEDERHANA MEWAH
¡  Kemasan Lantai – Jubin ( Bahan pilihan Kontraktor Pemilik hanya tentukan Warna Sahaja )
¡  Pintu Depan & Belakang Jenis Solid gred C 
¡  Tingkap jenis Sliding @ Casement Window
¡  Bumbung – Metal Deck & Genting biasa 

Note : Semua Bahan ditentukan Oleh Pemborong, pemilik hanya tentukan bentuk, corak & warna sahaja.



RM 160 -RM 200/KP -     KUALITI DAN KEMASAN MEWAH
¡  Kemasan Lantai – Jubin @ Papan
¡  Pintu Depan & Belakang Jenis Solid gred A @ B
¡  Tingkap jenis @ Kayu Nyatoh, Aluminium Sliding @ Casement Window
¡  Bumbung – Genting gred A 

Note : Semua Bahan Pemilik tentukan berpandukan harga yang munasabah


RM 210 /KP KE ATAS - KUALITI DAN KEMASAN PALING MEWAH
¡  Kemasan Lantai – Pemilik Tentukan
¡  Pintu – Pemilik Tentukan
¡  Tingkap – Pemilik Tentukan
¡  Bumbung – Peilik Tentukan 

Note : Semua Bahan Pemilik tentukan berpandukan harga yang munasabah.



Contoh 1 : Pengiraan Berdasarkan Keluasan Lantai

Keluasan Lantai didalam Rumah (Binaan Berdinding + Pintu & Tingkap)

Katakan Luas Binaan yang dicadangkan
22’kaki X 12’kaki = 264 kakipersegi

Untuk kualiti & kemasan sederhana Mewah
Rm125/kakipersegi

264 kakipersegi X Rm125/kaki persegi = RM 33,000.00

Jumlah Kadar Harga Binaan Baru berdasarkan kaedah Lump Sum
Ialah Rm33,000.00



Contoh 2 - Pengiraan Berdasarkan keluasan Lantai Binaan

Keluasan Lantai Binaan berbumbung serta siling tampa dinding seperti Anjung dan Porch

Katakan Luas Binaan yang dicadangkan
20’kaki X 22’kaki = 440 kakipersegi

Untuk kualiti & kemasan sederhana Mewah
Rm125/kakipersegi x 0.5 = Rm62.5/kaki persegi

440 kakipersegi X Rm62.5/kaki persegi = RM 27,500.00

Jumlah Kadar Harga Binaan Baru berdasarkan kaedah Lump Sump ialah =  Rm27,500.00


6 ulasan:

  1. Harga upah tu sekali barang ke..dan termasuk wiring dan piping ke?

    BalasPadam
  2. kalau saya buat renovet harga tu rm.62.5/kaki persegi 27,500.00.
    wiring paiping tak masuk.harga ni untuk anjung/porch

    kalau nak masuk wiring paiping rm.150 kaki persegi untuk bina rumah sederhana/mewah.syarikat desa raas enterprise renovation.like FB....

    BalasPadam
  3. Macam tambah tanah kawasan binaan dan pagar pon termasuk skali atau kira lain?
    Tq tuan

    BalasPadam
  4. Kami Menyediakan Perkhidmatan Pengubabsuaian Rumah pada Harga Berpatutan...Hubungi kami di 0197589396 (Khairi)

    BalasPadam
  5. As Salam...jika binaan berdinding saya 20x20kaki Dan bersiling tinggi kira2 18@20 kaki bagaimana kiraanya? Says tinggal di kampung.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam