Seperti mana sedia maklum, semasa perbentangan Bajet 2015, Kerajaan telah mengumumkan bahawa had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan bagi kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.
Wang pemprosesan permohonan pinjaman sebanyak RM100 juga telah dimansuhkan.
Kedua-dua penambahbaikan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.
Jadual kelayakan baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah seperti berikut :
BIL GAJI HAKIKI (RM) KELAYAKAN (RM)
1. 8500 ke atas 600,000.00
2. 6500 ke 8499 562,000.00
3. 5500 ke 6499 525,000.00
4. 4500 ke 5499 500,000.00
5. 3500 ke 4499 475,000.00
6. 3000 ke 3499 400,000.00
7. 2500 ke 2999 350,000.00
8. 2000 ke 2499 320,000.00
9. 1500 ke 1999 260,000.00
10. 1200 ke 1499 210,000.00
11. 1000 ke 1199 150,000.00
12. 999 dan ke bawah 120,000.00
Amaun pinjaman yang diluluskan adalah tertakluk kepada para 1.5.2, 1.5.3 dan para 3 Lampiran A6 Pekeliling Perbendaharaan PR1.1/2013
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
Kementerian Kewangan
30 Disember 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan