RUMAH SESEBUAH
1. Bagi rumah sesebuah adalah dibenarkan maksima
sehingga 3 tingkat yang mana telah dinyatakan selaras
dengan Rancangan Tempatan Daerah Kuantan
Rasionalnya cadangan ini adalah kerana kediaman
sesebuah tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu
kepada lot berjiran dengan syarat mematuhi ruang lega 2
meter sepertimana diperuntukkan di dalam Undangundang
Kecil Bangunan ( Pahang ) 1996.
2. Membenarkan pembinaan loteng dibahagian ruang
bumbung dan mematuhi saiz minima yang telah
ditetapkan selaras dengan Undang-undang Kecil
Bangunan Seragam.
3. Sokongan untuk pertambahan tingkat hendaklah
mendapatkan kelulusan pindaan syarat nyata dahulu
selaras dengan cadangan pelan yang dikemukakan
sebagai syarat kelulusan permohonan.
RUMAH BERKEMBAR
Bagi rumah Berkembar keadaan seperti berikut adalah disyorkan:
1. Pembangunan setingkat kepada 1 ½ tingkat dibenarkan
dengan syarat pengubahsuaian tidak menyentuh dinding
dua pihak sediada (party wall )
2. Pembangunan Setingkat kepada 2 tingkat dibenarkan
tertakluk kepada syarat berikut :
(a) Dibenarkan mengikut syarat nyata didalam geran
dengan ketinggian 2 tingkat tertakluk kepada
kelulusan pihak majlis. Sekiranya dinyatakan
setingkat sahaja pemohon perlu mendapatkan
kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.
3. Mendapatkan persetujuan daripada jiran yang
bersempadanan dengan diperakui oleh Pesuruhjaya
Sumpah.
4. Mengekalkan fasad hadapan dan sambungan
dibenarkan di bahagian tepi dan belakang sahaja.
5. Memenuhi keperluan teknikal seperti menyediakan talang
(gutter).
6. Membuat surat Akujanji akan bertanggungjawab
terhadap pembinaan yang di bina.
RUMAH TERES
1. Bagi Rumah Teres pula keadaan seperti berikut disyorkan:
a. Pembangunan daripada setingkat ke 2 tingkat adalah
dibenarkan bagi lot tepi (corner lot) dan lot hujung ( End
Lot ) dengan memohon kelulusan Pentadbir Tanah bagi
menukar syarat nyata daripada setingkat kepada 2
tingkat.
b. Pembinaan loteng dibenarkan sekiranya mematuhi saiz
minima bagi ruang yang hendak digunakan selaras
dengan Undang-undang Kecil Bangunan (Pahang) 1996
c. Bagi rumah teres lot tengah, tambahan tingkat
dibenarkan bagi sambungan yang mempunyai atap rata
”flat roof’ dibahagian belakang dengan syarat tidak
merubahkan fasad hadapan dan sambungan tersebut
perlu mematuhi keperluan ruang yang diperuntukkan
dalam Undang-undang Kecil Bangunan (Pahang) 1996
d. Pemohon perlu mendapatkan persetujuan jiran yang
bersebelahan
e. Membuat surat Akujanji akan bertanggungjawab
terhadap pembinaan yang di bina.
2. Pembangunan semula secara menyeluruh dibenarkan sekiranya
melibatkan kesemua lot didalam satu barisan teres.
Walaubagaimanapun mereka perlu mendapatkan kelulusan
Pihak Berkuasa Negeri ( Pentadbir Tanah ) supaya bersesuaian dengan ketinggian yang hendak di bina sekiranya bercanggah
dengan syarat nyata ( Had Ketinggian ) dan tertakluk kepada
kelulusan pihak majlis.